Siasatan Kebocoran Data Peribadi Masih Berjalan – Channel W

Siasatan Kebocoran Data Peribadi Masih Berjalan

KUALA LUMPUR – Siasatan terhadap kebocoran data peribadi melibatkan 46.2 juta pengguna telefon mudah alih di negara ini masih berjalan, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari.

Katanya, saksi-saksi yang dikenalpasti telah dipanggil untuk diambil keterangan oleh pihak polis dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi bagi membantu siasatan.

“Setelah lengkap nanti, hasil siasatan akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Teo Nie Ching (DAP-Kulai) yang ingin tahu tindakan yang telah diambil terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam kes tersebut.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans