Sikumbang Leonardo DiCaprio ada di Sabah? – Channel W

Sikumbang Leonardo DiCaprio ada di Sabah?

 

Anda boleh temui Leonanrdo DiCaprio di Sabah.

Nama bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio itu, diabadikan pada spesis kumbang yang ditemui di Malaysia.

Dinamakan “Grouvellinus leonardodicaprioi”, ia adalah antara tiga spesies baharu ditemui oleh sekumpulan saintis  di kawasan air terjun di Maliau Basin, Sabah.

Lapor Agensi, penemuan itu diumumkan dalam jurnal umum, ZooKeys hasil ekspedisi dijalankan oleh Taxon Expeditions, yang berpangkalan di Belanda,

Nama DiCaprio diambil kerana aktor itu aktif melakukan kerja-kerja amal dan konservasi alam sekitar, malah turut menubuhkan Yayasan Leonardo DiCaprio bagi menjalankan aktiviti pemuliharaan biodiversiti.

Bagaimanapun pelakon filem Titanic itu bukan bintang pertama diberi penghormatan seumpamanya.

Kate Winslet, Donald Trump, Arnold Schwarzenegger antara individu ternama yang pernah dijadikan inspirasi untuk menamakan serangga spesies baharu.

Jadi apa tunggu lagi, mari kita bertemu Leonardo DiCaprio hanya di Sabah.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans