Simbolik Tahun Anjing Kepada Masyarakat Tionghua – Channel W

Simbolik Tahun Anjing Kepada Masyarakat Tionghua

PETALING JAYA – Tahun Baru Cina turut dikenali sebagai Spring Festival kerana hadir dalam musim bunga dan di tetapkan berdasarkan kalendar lunar Cina.

Tarikhnya akan berubah turun naik, mengikut perspektif Barat ia tetap diraikan dalam bulan Januari atau Februari.

Setiap Tahun Baru Cina dinamakan sempena tahun salah satu daripada 12 haiwan dari zodiak Cina, dan mereka yang dilahirkan mengikut tahun haiwan itu dikatakan mewakili karakter mengikut haiwan tersebut.

Tahun 2018 merupakan Tahun Anjing Bumi, yang dimulai dari tanggal 16 Februari 2018 dan berlangsung sampai dengan tanggal 4 Februari 2019.

Elemen Bumi (Yang) menjadi unsur dominan pada tahun ini yang menunjukkan pentingnya nilai keadilan.

Tahun ini juga merupakan kejayaan bagi mereka yang memiliki sikap murah hati, integriti dan kejujuran yang tinggi serta ianya adalah saat yang tepat untuk perubahan gaya hidup sebagai contoh jika seseorang ingin berpindah ke satu tempat yang baru dan untuk memulakan perniagaan baharu.

Saat menjelangnya perayaan Tahun Baru Cina ini, pelbagai persiapan dilakukan untuk menyambut ketibaan tahun baru ini dan rata-rata orang awam yang ditemui memberikan reaksi yang hampir serupa.

Bagi Jay Den Hiew yang merupakan peniaga di sebuah pusat membeli belah, persiapan dan juga sambutan hanya biasa sahaja seperti tahun yang sebelumnya.  

Jay Den Hiew, 28 peniaga di pusat membeli-belah di sini. Foto- Putri

“Persiapan dan sambutan tahun ini bagi saya hanya biasa-biasa sahaja sama seperti tahun lepas, saya juga berharap tahun ini perniagaan saya lebih baik dan mendapat kebahagiaan serta keharmonian dalam keluarga” jelas Jay ketika ditemuramah pemberita di sini.

Salah seorang pengunjung pusat membeli belah di sini, Tham Carylan, berkata sambutan dan persiapan kali ini hanya sederhana sahaja.

Jelas Tham Carylan lagi, keluarganya baru sahaja berpindah ke Kuala Lumpur dan berharap tempat baru ini akan menjadi satu penghijrahan yang tepat dan memberi perubahan yang bagus kepada keluarganya.

Tham Carylan, 18 seorang pelajar yang baharu berpindah ke ibu negara. Foto- Putri

“Tahun Baru Cina ini disambut sederhana kerana keluarga saya baharu sahaja berpindah ke Kuala Lumpur, dan saya berharap dengan perpindahan ini akan memberi makna kepada keluarga saya, jika mengikut zodiak Cina” kata Tham.

Sementara itu, bagi Puan Huang pula, persediaan dan sambutan tahun ini agak berbeza berbanding dengan tahun sebelumnya.

Huang, 49 yang membuka perniagaan kedai kek menyatakan bahawa perniagaannya mendapat sambutan yang baik pada musim perayaan ini. Di samping itu juga, dia berharap perniagaannya akan bertambah maju di masa hadapan.

Walaupun Tahun Baru Cina 2018 dikaitkan dengan anjing liar, ia juga dikatakan sembolik untuk apa sahaja perancangan pada 2018, akan ada sedikit halangan, tetapi haruslah menggunakan kepintaran dan kebijaksanaan untuk mengatasi halangan ini.

Oleh itu, untuk tahun 2018 haruslah berwaspada dan lebih kreatif untuk menghadapi hari yang akan datang.

Justeru, walaupun 2018 juga dikatakan sebagai tahun yang mencabar bagi rakyat Malaysia, setiap perancangan yang dibuat haruslah dititikberatkan kesan jangka pendek dan panjang agar kita dapat menikmati kehidupan yang lebih baik sepanjang tahun ini.

Gong Xi Fa Cai

Xin Nian Kuai Le!

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans