Singapura Mansuh Tol Masuk di Woodlands – Channel W

Singapura Mansuh Tol Masuk di Woodlands

Mulai 1 Feb, Singapura akan memansuhkan caj tol bagi semua kenderaan yang masuk ke republik itu menerusi Pusat Pemeriksaan Woodlands dan mengurangkan caj bagi kenderaan keluar dari republik itu di pusat sama.

Menurut Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA), ketika ini caj tol bagi kenderaan yang memasuki Singapura menerusi Woodlands adalah S$2.70 (bagi kereta), S$4 (van/kenderaan ringan (perdagangan), S$5.30 (kenderaan berat -perdagangan), S$1.40 (teksi) dan S$2.20 (bas).

(S$1 bersamaan kira-kira RM3.)

LTA di dalam laman webnya menyatakan, mulai 1 Feb kereta yang keluar dari Singapura menerusi Woodlands akan dikenakan caj S$1 (kurang daripada caj sedia ada S$3.80), van/kenderaan ringan (perdagangan) S$1.50 (S$5.80), kenderaan berat (perdagangan) S$2 (S$7.70), teksi S$0.50 (S$1.90), dan bas S$0.80 (S$3.10).

Infografik: Mediacorp News

Caj sedia ada di Pusat Pemeriksaan Woodlands dikuatkuasakan pada 1 Okt, 2014.

Caj tidak dikenakan ke atas motosikal yang masuk dan keluar menerusi Woodlands.

LTA berkata semakan semula itu bagi memadankan pemansuhan caj tol oleh Malaysia baru-baru ini di Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur.

“Ini selaras dengan dasar Singapura sejak sekian lama dalam memadankan caj tol oleh Malaysia,” katanya.

Menurut LTA, tiada perubahan caj tol di Pusat Pemeriksaan Tuas.

Bagi kedua-dua laluan di Pusat Pemeriksaan Tuas, motosikal dicaj S$0.50, kereta S$3.20, van/kenderaan ringan (perdagangan) S$7.40, kenderaan berat (perdagangan) S$14.70, teksi S$2.50 dan bas S$3.90.

— BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans