Tangkapan kira-kira pukul 12.40 malam itu dilakukan selepas satu laporan polis dibuat oleh seorang wanita pada Khamis lalu mengenai anak perempuannya berusia 24 tahun yang dipercayai dilarikan oleh Siti Kassim ketika menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Kajang dekat sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, dalam kejadian tersebut Siti Kassim dipercayai telah menyerbu masuk hospital terbabit walaupun cuba dihalang pengawal keselamatan.

Ujarnya, susulan itu, anak wanita terbabit kemudiannya dikatakan dibawa oleh Siti Kassim sebelum dia ditemukan oleh pihak polis semalam di dalam sebuah Kondominium di Segambut.

“Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 363 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

“Permohonan reman akan dilakukan terhadap Siti Kassim hari ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.