Skim Insurans Pekerjaan Jaringan Keselamatan Sosial Pekerja – Najib – Channel W

Skim Insurans Pekerjaan Jaringan Keselamatan Sosial Pekerja – Najib

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Skim Insurans Pekerjaan (SIP) yang diperkenalkan kerajaan merupakan satu jaringan keselamatan sosial bagi membantu individu yang kehilangan pekerjaan atau menganggur.

Najib berkata melalui skim itu, mereka yang kehilangan pekerjaan dan layak bukan hanya menerima bantuan kewangan malah sokongan lain seperti bantuan carian kerja, kaunseling kerjaya dan pemadanan pekerjaan.

“SIP menyediakan kaunseling kerjaya, kaunseling pekerjaan, pencarian kerja, pemadanan kerja, penempatan pekerjaan melalui pendekatan pengurusan kes dan rujukan latihan untuk latihan, latihan semula, peningkatan kemahiran, melatih semula dan sebagainya,” kata Najib menerusi catatan di laman blognya.

Antara faedah yang disediakan SIP ialah Elaun Mencari Pekerjaan kepada penganggur dalam tempoh pencarian kerja dan Elaun Bekerja Semula Awal bagi mereka yang kembali bekerja awal.

Yang lain ialah Elaun Pendapatan Berkurang bagi yang mempunyai lebih daripada satu majikan; Elaun Latihan berdasarkan permohonan dan keperluan pekerja; dan Fi Latihan kepada penyedia latihan yang dilantik.

“Kalau anda perasan dalam slip gaji bermula Januari tahun ini, tercatat caruman SIP atau EIS pada kadar 0.2 peratus syer majikan dan 0.2 peratus syer pekerja dan dihadkan sehingga jumlah gaji RM4,000, bermakna amaun potongan adalah serendah 5 sen dan maksimum hanya RM7.90 sahaja bagi mereka yang bergaji RM4,000 dan ke atas,” kata Najib.

Tuntutan skim ini boleh dibuat bermula 2019 dan jumlah bayaran melalui SIP yang diberi bergantung kepada peratusan kadar bulanan menurun 80 peratus (%), 50%, 40%, 40%, 30% dan 30% daripada gaji yang diinsuranskan dengan amaun maksimum tuntutan RM10,800, dan diberi kepada penganggur dalam tempoh pencarian pekerjaan untuk tempoh tiga hingga enam bulan.

Najib seterusnya berkata sebagai permulaan, kerajaan memperuntukkan RM122 juta kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi membolehkannya menyalurkan bantuan elaun interim RM600 sebulan bagi tempoh tiga bulan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan. Ia bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Dis tahun ini.

“Saya difahamkan sehingga 7 Feb tahun ini, 1,272 permohonan bantuan interim SIP telah diterima Perkeso dengan 264 diluluskan dan menerima bayaran bulan pertama pada Januari.”

Daripada program bantuan kaunseling kerjaya dan pemadanan kerjaya pula, enam orang telah mendapat pekerjaan baharu,” kata perdana menteri.

Najib menegaskan selagi beliau memimpin kerajaan, beliau akan terus memastikan kebajikan pekerja di Malaysia terpelihara kerana kekayaan sebenar sebuah negara itu bukan terletak pada sumber semula jadi tetapi pada sumber manusianya.

Kerajaan hari ini, katanya, adalah kerajaan yang sentiasa prihatin dan juga berpandangan jauh, dan memikirkan kepentingan bukan sahaja untuk hari ini tetapi juga untuk masa depan.

“Kerajaan ini akan sentiasa meletakkan rakyat mengatasi poltik, pencapaian mendahului retorik,” jelas Najib.

— BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans