SPR bermesyuarat tarikh PRK Port Dickson hari ini – Channel W

SPR bermesyuarat tarikh PRK Port Dickson hari ini

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas berkaitan urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.132 Port Dickson, hari ini.

Setiausaha SPR, Datuk Mohamed Elias Abu Bakar dalam kenyataan hari ini berkata, mesyuarat akan membincangkan mengenai tarikh-tarikh penting urusan PRK seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian awal, hari pengundian dan daftar pemilih yang akan digunakan dalam PRK itu.

Selain itu, mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Pengerusi SPR Tan Sri Othman Mahmood itu akan turut membincangkan persiapan-persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

12 September lalu, Setiausaha Agong PKR, Datuk Saifuddin Nasution mengumumkan bahawa Ketua Umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di parlimen Port Dickson susulan tindakan Danyal Balagopal telah meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen di kawasan tersebut.

Terdahulu Danyal pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu telah memenangi Parlimen Port Dickson dengan majoriti 17,110 undi

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans