PRU14: SPR Nafi Nama Mendiang Lelaki Disenarai Semula Dalam Daftar Pemilih – Channel W

PRU14: SPR Nafi Nama Mendiang Lelaki Disenarai Semula Dalam Daftar Pemilih

PUTRAJAYA – Susulan isu penularan maklumat mendiang MM Narayanan Nair yang masih tersenarai dalam daftar pemilih Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan bahawa nama seorang lelaki yang telah meninggal dunia yang pernah dikeluarkan daripada daftar pemilih, telah dimasukkan semula menjelang PRU14.

Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata SPR telah membuat semakan segera terhadap maklumat yang tular di media sosial berhubung nama mendiang MM Narayanan Nair T. Narayanan Nair yang meninggal dunia pada 2003.

Tan Sri Hashim berkata SPR mendapati nama pemilih tersebut tidak pernah dipotong dan namanya kekal dalam senarai daftar pemilih sejak ia didaftarkan pada 1994.

Dalam satu kenyataan hari ini, SPR memaklumkan dakwaan pihak berkenaan mengenai nama mendiang pernah dikeluarkan dan dimasukkan semula ke dalam daftar pemilih menjelang PRU14 adalah tidak benar.

Sementara itu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sudah mengambil langkah perlu bagi menyelesaikan kekeliruan mengenai individu yang meninggal dunia tetapi masih tersenarai dalam daftar pemilih bagi PRU-14.

Dalam satu kenyataan hari ini, JPN berkata pihaknya sudah menghubungi waris mendiang MM Narayanan Nair a/l T Narayanan Nair bagi memperjelaskan kekeliruan yang berlaku dan ia difahami serta diterima dengan baik oleh keluarga mendiang.

JPN juga menegaskan perkara ini juga sudah dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tindakan sewajarnya.

Pada masa yang sama, JPN menasihati orang ramai agar menghubungi pejabat jabatan itu yang terdekat sekiranya terdapat sebarang kekeliruan berkenaan dokumen yang dikeluarkan.

Difahamkan, isu itu viral di media sosial selepas anak perempuan mendiang MM Narayanan membuat laporan mengenai perkara itu di Balai Polis Teluk Ayer Tawar, Seberang Prai, Pulau Pinang, kelmarin.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans