Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah berkata, sekiranya pihaknya melanjutkan waktu pengundian, ia boleh menimbulkan bantahan daripada calon bertanding.

“Kalau dibenarkan orang lain mengundi selepas pukul 5 petang, risau orang lain buat petisyen.

Secara keseluruhan pihaknya berpuashati dengan perjalanan proses pembuangan undi hari ini yang melibatkan lebih 14.9 juta pengundi berdaftar dengan SPR.

Namun beberapa kes yang timbul di pusat pembuangan undi tertentu akan disiasat.