SPRM Buka Bilik Gerakan PRU – Channel W

SPRM Buka Bilik Gerakan PRU

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka Bilik Gerakan SPRM PRU-14 bagi menyalurkan maklumat sebarang penyelewengan kuasa dan aktiviti rasuah berlaku sepanjang PRU ini.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Dzulkifli Ahmad juga turut memberi amaran kepada semua calon-calon dan parti politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini supaya mengelak daripada terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Menurutnya, mereka yang melakukan kesalahan-kesalahan tersebut boleh didakwa di bawah Seksyen tujuh hingga 11 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5).

Penubuhan Bilik Gerakan PRU itu berkuatkuasa hari ini.

“Antara kesalahan yang boleh disabitkan di bawah seksyen tersebut ialah dengan melakukan penyamaran, penyogokan, mengadakan jamuan dan menggunakan pengaruh tidak wajar sepanjang tempoh PRU-14 ini.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat dan bukti boleh menyalurkannya di mana-mana bilik gerakan SPRM di setiap negeri yang telah ditubuhkan berkuat kuasa hari ini,” katanya.

Dalam sidang media majlis pelancaran Bilik Gerakan itu juga, Dzulkifli menegaskan  akan menyiasat setiap  maklumat yang diperoleh  mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans