SPRM Cadang Wujudkan Indeks Rasuah Khas Negara – Channel W

SPRM Cadang Wujudkan Indeks Rasuah Khas Negara

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bercadang untuk mewujudkan indeks rasuah khas yang lebih berkesan bagi menganalisis prestasi dan situasi rasuah di negara ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata kertas kerja bagi cadangan tersebut akan dibentangkan dalam mesyuarat Lembaga Penasihat Pencegah Rasuah akan datang, sebelum ia dikemukakan kepada mesyuarat jemaah menteri.

Katanya, sekiranya cadangan itu diluluskan, kajian tersebut akan dilaksanakan oleh badan bebas termasuk pakar akademik bagi memastikan ketelusan indeks berkenaan.

“Sudah sampai masanya untuk kita adakan indeks sendiri yang lebih berkesan. Kita tidak mahu melihat dari sudut persepsi semata-mata tetapi juga dari sudut realiti.”

“Beri SPRM sedikit masa, mungkin dalam tempoh dua hingga tiga bulan sebelum dibawa kepada pihak atasan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat Lembaga Penasihat Pencegah Rasuah di sini hari ini.

— BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans