SPRM Sifatkan Ugutan Peluru Hidup Sebagai Tindakan ‘ Pengecut ’ – Channel W

SPRM Sifatkan Ugutan Peluru Hidup Sebagai Tindakan ‘ Pengecut ’

PUTRAJAYA – Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad menyifatkan tindakan ugutan dan menghantar peluru hidup kepada pegawai SPRM sebagai pengecut.

Sehubungan itu,  pihak terlibat diminta supaya menghentikan perbuatan pengecut berkenaan kerana ia tidak sesekali melemahkan semangat warga SPRM daripada melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

“Malahan perbuatan sedemikian hanya menambah lagi semangat kami untuk terus berjuang dalam memastikan hak masyarakat terbela daripada anasir-anasir rasuah dan salah guna kuasa di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, SPRM dua pegawai kanan itu membuat laporan polis selepas menerima ugutan dengan peluru hidup yang diletakkan di dalam peti rumah masing-masing.

Tan Sri Dzulkifli percaya ugutan yang diterima itu mempunyai kaitan dengan kes-kes yang sedang disiasat SPRM.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans