Stephen Hawking Disemadi di Westminster Abbey – Channel W

Stephen Hawking Disemadi di Westminster Abbey

LONDON: Abu mendiang saintis, Stephen Hawking, yang meninggal dunia minggu lalu, akan disemadikan berhampiran dua lagi saintis terkemuka Britain, Isaac Newton dan Charles Darwin di Westminster Abbey.

Westminster Abbey ketika mengumumkan perkara itu berkata, abu itu akan dikebumikan di gereja itu ketika perayaan hari kesyukuran pada akhir tahun ini.

Terdahulu, keluarga Hawking mengesahkan upacara pengebumian akan diadakan di gereja Great St Mary di Universiti Cambridge pada 31 Mac ini.

Ia terletak berhampiran Kolej Gonville dan Caius, iaitu lokasi saintis itu mendedahkan rahsia alam semesta selama lebih 52 tahun.

Ketika hayatnya, Hawking sering dibandingkan dengan Newton dan Albert Einstein, iaitu dari segi pencapaiannya sebagai seorang saintis.- AFP

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans