STUDIO MALAM : Menjana duit ekspress bermula dengan modal RM2 – Channel W

STUDIO MALAM : Menjana duit ekspress bermula dengan modal RM2

Mendengar cerita yang menarik daripada COO Zepto Express, Syahrizal Reza Abdul Wahab ini pastinya ramai yang ingin tahu bagaimana memulakan modal perniagaan serendah RM2 dan akhirnya mampu membuka sebuah syarikat besar di Amerika Syarikat.

Menceritakan pengalaman tersebut ketika ditemu bual dalam program Studio Malam, beliau bersama rakan-rakannya tidak langsung ada pengalaman dalam bahagian logistik namun mencabar diri untuk melakaukan perkara tersebut dengan menyertai sebuah pameran di Dublin.

“Bermula dengan satu pameran dimana pameran diadakan di Dublin dan di situ kita sertai dan kita pamerkan produk kita, kita nampak banyak demand untuk mereka jalankan operasi di tempat mereka sendiri.

“Bila kita buat kajian, di London saiz pasaran 5 kali lebih besar dari Malaysia untuk kurier, dan kita bincang sampai satu tahap saya fikir ini masanya produk Malaysia boleh capai di luar negara,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, syarikat Zepto Express menawarkan servis yang sama dengan syarikat kurier yang lain namun mempunyai kelainan yang tersendiri.

“Kita tahu apa juga bidang sekalipun mempunyai persaingan yang tersendiri, tapi saya fikirkan dengan keadaan sekarang yang berkembang pesat, kalau nak cabar diri, kita bukan jadi jaguh kampung sahaja, kita kena keluar dari itu.

“Jadi apa yang kita tawarkan kepada pelanggan adalah servis penghantaran barang boleh dibuat secepat 3 jam dan kita tiada had masa, bukan 9 pagi sehingga 6 petang, tetapi kita buat 24 jam tidak kira siang atau malam.

“Ini kelebihan servis kita berbanding servis syarikat yang lain,” ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama, Zepto Express ini membantu orang ramai untuk menjana pendapatan sampingan dengan menghantar barang kepada pelanggan.

“kita kena tahu servis kurier ni tak sama macam grab, dimana barang yang nak dihantar ini merupakan satu keperluan, bukan kehendak jadi nak taknak barang itu perlu sampai dengan selamat kepada mereka.

“Untuk mereka yang nak buat pendapatan sampingan, boleh sertai kami sebagai rider,” ujarnya.

 

 

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans