Suasana PRK Port Dickson – Channel W

Suasana PRK Port Dickson

Meriah dan mengejutkan. Itulah yang berlaku selepas proses penamaan semalam.

Maka bermulalah tugas berkempen bagi semua calon yang bertanding di PRK Port Dickson, setelah proses penamaan calon semalam selesai.

Bagi, Saiful Bukhari Azlan beliau tidak sabar untuk menemui penduduk setempat untuk memperkenalkan dirinya, sekaligus menerangkan komitmen beliau untuk penduduk kawasan itu.

Ikuti kenyataan beliau.

“Selesai sudah Hari Penamaan calon. Alhamdulillah, pencalonan saya diterima. Terima kasih di atas doa semua. Saya memilih simbol KUNCI dan mendapat Nombor Calon 3. Semoga kempen di PRK Port Dickson ini dapat dipraktikkan dengan matang, profesional dan dalam suasana harmoni”.

“Sekarang, bermulalah tempoh kempen. Saya dengan sedaya upaya saya akan mendekati segenap lapisan pengundi, ketua2 masyarakat, komuniti Tentera, NGO dan individu bagi memperkenalkan diri dan menerang komitmen saya kepada penduduk di Port Dickson”.

Saiful Bukhari Azlan turut bertanding.

“Saya juga akan mendalami dan mengenal pasti masalah rakyat setempat, agar mudah untuk saya menjalankan tanggungjawab dengan efektif sebagai Ahli Parlimen, jika diberi peluang” – MOHD SAIFUL BUKHARI AZLAN / CALON BEBAS

Selain beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim juga yang bertanding atas kapasiti parti PH mewakili parti kerajaan, bergelut isu kelayakan untuk bertanding.

Status beliau itu diterangkan Pengerusi SPR yang baharu bahawa beliau layak bertanding atas alasan antaranya demi kepentingan untuk negara.

Bagi Datuk Seri Anwar, kehadiran Saiful sebagai penentang beliau di Port Dickson bukan menjadi masalah baginya.

Malah beliau yakin, penduduk PD bersamanya.

Sementara itu, Tan Sri Isa Samad yang bertanding atas kapasiti calon bebas juga yakin, jasa beliau yang banyak ditabur untuk rakyat selama ini mampu meraih undi sekaligus meraih kemenangan baginya mewakili penduduk PD.

Pertandingan 7 penjuru di PRK PD turut memberi isyarat bahawa bukan laluan mudah bagi Anwar Ibrahim menjadi Ahli Parlimen dan Perdana Menteri.

Segalanya boleh berlaku, walaupun pada awalnya ramai menyangka Anwar akan menang tanpa bertanding di PD.

Mereka yang layak bertanding adalah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pakatan Harapan (PH), Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar (PAS) dan lima calon bebas.

Mereka ialah Lau Seck Yan, personaliti media sosial Stevie Chan Keng Leong, Kan Chee Yuen selain Mohd Isa dan Saiful Bukhari.

Seorang calon bebas A. Rajendra bagaimana pun ditolak kertas pencalonannya kerana pencadangnya bukan pemilih berdaftar Parlimen Port Dickson.

Selain Mohd Isa dan Saiful Bukhari yang hanya mengumumkan bertanding pada saat-saat terakhir, kehadiran calon bebas seperti Lau, Kan dan Rajendra adalah tidak dijangka sama sekali.

Dua individu yang dihebahkan media berura-ura untuk bertanding sebelum ini iaitu pengerusi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Hisbah Datuk Mohd Ezam Mohd Noor dan wakil Parti Rakyat Malaysia (PRM) Ahmad Kamaruddin juga tidak muncul sehingga tempoh pencalonan ditutup.

Lau merupakan calon terawal tiba iaitu pada pukul 8.20 pagi manakala Rajendra merupakan individu terakhir tiba di pusat penamaan iaitu 9.57 pagi iaitu tiga minit sebelum tempoh masa penyerahan kertas pencalonan ditutup.

Anwar yang tiba pada pukul 8.50 pagi diiringi Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden PH dan PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dua Naib Presiden iaitu Nurul Izzah dan Tian Chua serta Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Turut mengiringi Anwar ialah Timbalan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan Eddin Syazlee Shith, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke Siew Fook.

Bagaimanapun situasi itu dapat ditenteramkan oleh anggota polis yang bertugas. Pada proses penamaan calon, Lau merupakan individu pertama menyerahkan kertas pencalonannya sebaik pusat penamaan dibuka 9 pagi tadi iaitu pada pukul 9.02 pagi.

Ini diikuti, Mohd Isa (9.03 pagi), Mohd Nazari (9.04), Stevie Chan (9.04), Kan (9.06), Anwar (9.11) dan Mohd Saiful Bukhari (9.16).

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson diadakan selepas penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 Sept lepas mengosongkan kerusi itu untuk memberi laluan kepada Anwar, yang baru-baru ini menang tanpa bertanding sebagai Presiden PKR bertanding kembali ke Dewan Rakyat.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal memenangi kerusi itu dengan majoriti selesa 17,710 undi mengalahkan calon BN Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.

SPR menetapkan 13 Okt ini sebagai hari mengundi manakala 9 Okt sebagai hari pengundian awal.

Parlimen Port Dickson memiliki 75,770 pemilih berdaftar dengan 68,468 orang adalah pemilih biasa, 7,268 pemilih awal dan 16 orang pemilih tidak hadir luar negara.

PRK itu melibatkan seramai 1, 403 petugas pilihan raya dengan 39 premis digunakan sebagai pusat mengundi membabitkan 171 saluran.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans