‘Ayah tidur bu’ – Channel W

‘Ayah tidur bu’

Solat jenazah keenam-enam anggota bomba yang terkorban dalam operasi menyelamatkan mangsa lemas selamat dijalankan pagi ini.

Solat jenazah diimamkan Penguasa Bomba Unit Agama Ibu Pejabat Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Mohd Luqman Ramli.

Ahli keluarga dan anggota bomba yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir ke atas jenazah tidak dapat menahan sebak.

Lebih menjadi sayu apabila terdapat seorang anak berusia 2 tahun kerap bertanya tentang arwah ayah kepada ibunya.

Namun anak itu berkata lagi ‘abah tidur bu’.

Si kecil yang masih lagi tidak memahami apa yang berlaku hanya tersenyum kepada para media yang ada di situ.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans