Subaru Lancar Outback & XV 2.0i-S – Channel W

Subaru Lancar Outback & XV 2.0i-S

Motor Image, pengedar eksklusif kenderaan Subaru di sembilan negara Asia, termasuk Malaysia, melancarkan dua model baharu kenderaan utiliti sukan (SUV) iaitu Outback dan XV sempena Pameran Automotif Singapura 2018.

Pengarah Urusan Tan Chong International Ltd, Glenn Tan, berkata Outback baharu menawarkan pemanduan lebih mantap, elemen kemewahan serta reka bentuk luaran yang ranggi dan pembaharuan pada bahagian dalaman.

Katanya, Outback itu dikuasakan dengan enjin boxer 2.5 liter yang lebih baik serta alternator baharu untuk meningkatkan kecekapan bahan api, selain mengurangkan berat kenderaan itu sebanyak lapan peratus.

Dari segi luaran, ia mempunyai bamper depan baharu dengan gril berbentuk segi enam, sekali gus memaparkan reka bentuk lebih ranggi dan kualiti tinggi.

Rim berbentuk turbin pula direka bentuk secara dinamik dan ringan, yang menghasilkan ciri aerodinamik lebih baik.

Outback juga didatangkan dengan beberapa fungsi baharu seperti port USB di konsol tengah belakang serta penambahan mikrofon untuk ‘voice recognition’ lebih baik.

Malah, ia juga didatangkan dengan sistem infotainment premium menerusi paparan skrin resolusi tinggi lapan inci, sambungan ke telefon pintar dan penggunaan Apple CarPlay dan Android Auto.

Beliau berkata, Outback baharu itu akan diperkenalkan di pasaran tempatan menjelang suku kedua 2018.

Sementara itu, XV 2.0i-S baharu juga disertakan Teknologi Bantu Pemanduan Subaru EyeSight dan ia penambahan kepada varian 1.6 liter yang dilancarkan pada Julai tahun lalu di Singapura.

SUV itu juga adalah model kedua yang dihasilkan menerusi Platform Global Subaru, yang mana ia meningkatkan tahap keyakinan pemilik untuk pemanduan selesa dan kawalan mantap.

Malah, struktur rangkanya diperbuat dengan penambahan penggunaan High-Tensile Steel, membolehkan ia menyerap tenaga impak pelanggaran sebanyak 40 peratus berbanding model sebelumnya.

XV baharu dikuasakan enjin suntikan minyak terus (direct fuel injection), mampu menghasilkan kuasa 156 (PS) pada 6,000 rpm.

Selain itu, enjin boxer 2.0 liter yang digunakan juga ditambah baik membuatkan ia lebih 12 kilogram (kg) lebih ringan supaya lebih berkuasa dan cekap bahan api.

Transmisi Lineartronic juga 7.8 kg lebih ringan berbanding model sebelumnya, serta mempunyai ‘auto-step shift control’ dan mod manual tujuh kelajuan, membolehkan jentera itu mudah dikawal pemandunya.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans