Subkhiddin,51, mengumumkan keputusan tersebut pada Isnin ekoran kecaman keterlaluan yang diterima sehingga menguris perasaan keluarganya.

“Saya akan menyerahkan surat peletakan jawatan kepada FAM hari ini.

“Keputusan ini dibuat demi menumpukan lebih perhatian kepada keluarga,” katanya ketika ditemui di Wisma FAM hari ini.

Difahamkan keputusan itu dibuat selepas menerima kecaman keterlaluan daripada netizen dan penyokong bola sepak tempatan ekoran mutu pengadilan Suresh Jayaraman dalam final Piala Malaysia, dua minggu lalu.

Beberapa keputusan Suresh dalam pertemuan antara Terengganu dan Perak pada 27 Oktober lalu menimbulkan kontroversi hingga mendorong banyak pihak mempertikaikan pemilihannya sebagai pengadil perlawanan besar.