Sukan Angkat Berat Sumbang 2 Pingat Di Hari Pertama Sukan Komanwel – Channel W

Sukan Angkat Berat Sumbang 2 Pingat Di Hari Pertama Sukan Komanwel

Dua pingat emas dari acara angkat berat begitu memberi makna kepada para peserta  kem negara pada hari pembukaan temasya Sukan Komanwel XXI hari ini.

Muhammad Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad menyumbang pingat sulung  emas dalam kategori 56kg dengan jumlah angkatan 261kg, pagi tadi.

Muhammad Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad menyumbang pingat sulung  emas dalam kategori 56kg dengan jumlah angkatan 261kg, pagi tadi. Foto- Twitter @myTeamMAS

Jumlah angkatan tersebut turut memecahkan rekod temasya yang dicatat oleh dicatat oleh pengurus pasukan angkat berat negara kini, Amirul Hamizan Ibrahim yang dicatat pada tahun 2002 di Manchester.

Kecemerlangan Muhammad Azroy kemudiannya diteruskan oleh Muhammad Aznil Bidin dalam kategori 62kg bagi satu lagi pingat emas.

Muhammad Aznil Bidin menyumbang satu lagi pingat emas selepas Muhammad Azroy dalam kategori 62kg. Foto – Twitter @myTeamMAS

Aznil unggul di hadapan pencabar yang lain selepas mengangkat 126kg dalam disiplin snatch dan 162kg dalam clean & jerk untuk jumlah angkatan keseluruhan 288kg.

Syabas Team Malaysia untuk hari pertama Sukan Komanwel Gold Coast 2018 daripada Channel W dan rakyat Malaysia.

Reaksi Muhammad Aznil Bidin ketika berjaya mendapat pingat emas bagi kategori 62kg. Foto – Twitter @myTeamMAS

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans