Sukan Asia Jakarta Palembang bermula esok – Channel W

Sukan Asia Jakarta Palembang bermula esok

Sukan Asia Jakarta-Palembang secara rasmi akan disingkap tirainya esok dengan Malaysia meletakkan sasaran untuk membawa pulang tujuh pingat emas.

Antara sukan yang dijangka mampu menyumbang emas berkenaan ialah berbasikal, karate, sepak takraw dan tenpin boling.

Bagaimanapun, Malaysia turut mengambil bahagian dalam lima sukan yang dipertandingkan buat pertama kali di temasya berkenaan termasuk silat sekali gus meningkatkan jumlah kutipan pingat di Indonesia.

Malaysia turut menyertai eSports iaitu sejenis sukan demonstrasi meskipun ia tidak dikira dalam jumlah keseluruhan pungutan pingat, tetapi secara tidak langsung ia dapat meningkatkan prestij sukan itu menjelang temasya Olimpik Tokyo 2020.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans