Sultan Selangor perkenan Azmin lepas jawatan MB – Channel W

Sultan Selangor perkenan Azmin lepas jawatan MB

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenankan hasrat Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk memegang jawatan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi  bersama Kerajaan Persekutuan.

Sultan Selangor perkenan hasrat Azmin galas tanggungjawab Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Perkenan baginda itu dimaklumkan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menerusi satu kenyataan rasmi hari ini.

Kenyataan itu turut menyebut, baginda telah menerima penerangan daripada Mohamed Azmin mengenai persetujuannya menerima jawatan berkenaan setelah mendapat pengesahan daripada Perdana Menteri termasuklah mengenai skop kerja dan bidang kuasa kementerian yang baharu.

Pada masa sama, beliau menyatakan bahawa Mohamed Azmin perlu mengemukakan senarai calon-calon untuk dilantik sebagai Menteri Besar yang baharu untuk penelitian serta perkenan Sultan Selangor.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans