Sultan Selangor Terima Zakat Perniagaan RM23.72 Juta Daripada Lima Syarikat – Channel W

Sultan Selangor Terima Zakat Perniagaan RM23.72 Juta Daripada Lima Syarikat

KLANG – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan berjumlah RM23.72 juta daripada lima syarikat bagi pihak Lembaga Zakat Selangor.

Lima syarikat berkenaan adalah Lembaga Tabung Haji diwakili Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM17.13 juta selain Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional diwakili Pengerusinya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (RM2.77 juta).

Northport Malaysia Berhad yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azman Shah Mohd Yusof pula menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1.49 juta; Bank Islam Malaysia Berhad diwakili Pengerusinya, Datuk Zamani Abdul Ghani (RM1.25 juta) dan Central Spectrum (M) Berhad yang diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Mahmud Abbas menyerahkan zakat berjumlah RM1.07 juta.

Pembayaran zakat perniagaan berkenaan adalah bagi tahun kewangan berakhir pada 2016 dan 2017.

Turut hadir pada majlis itu yang berlangsung di Istana Alam Shah, di sini, ialah Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Setia Mohammed Kushrin Munawi, Pengerusi Lembaga Zakat Selangor, Tan Sri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail dan Timbalan Pengerusi Lembaga Zakat Selangor, Prof Datuk Dr Aziuddin Ahmad.

Majlis penyerahan zakat tersebut kemudiannya diakhiri dengan bacaan doa oleh Mufti Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans