Sultan Tarik Balik Gelaran ‘Datuk’ Husam Musa dan Wan Abd Rahim – Channel W

Sultan Tarik Balik Gelaran ‘Datuk’ Husam Musa dan Wan Abd Rahim

KOTA BHARU – Sultan Muhammad V menarik balik darjah kebesaran negeri Kelantan membawa gelaran ‘Datuk’ yang dikurniakan kepada Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Husam Musa dan Pengerusi Amanah Kelantan Wan Abd Rahim Wan Abdullah.

Kedua-dua pemimpin politik itu menerima surat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Faudzi Che Mamat petang semalam yang memaklumkan Sultan Muhammad V menarik balik tauliah pelantikan Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) (Al-Ismaili II).

Memaklumkan perkara itu pada sidang media di sini, hari ini, Wan Abd Rahim berkata: “Menjunjung sebagaimana dititahkan, kami berdua telah mengembalikan ketandaan darjah kebesaran dan surat pelantikan yang berkaitan kepada Pengelola Istana D’Raja Kelantan Nik Pakheruddin Nik Abdul Kadir pada 10 pagi hari ini, di Istana Balai Besar di sini.”

Husam, yang juga Anggota Undangan Negeri Salor, tidak hadir pada sidang media itu. Membacakan kenyataan bersama beliau dan Husam, Wan Abd Rahim berkata alasan darjah kebesaran tersebut ditarik balik tidak dinyatakan dan mereka akur serta menjunjung perintah berkenaan yang berkuatkuasa semalam.

“Kami mengambil kesempatan ini untuk sekali lagi menjunjung kasih dan mengulangi taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhamad V,” katanya.

— BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans