Sungai Rambai Berpotensi Besar di Bawah Kerajaan Sedia Ada – Channel W

Sungai Rambai Berpotensi Besar di Bawah Kerajaan Sedia Ada

JASIN  – Daerah kecil Sungai Rambai berpotensi besar menjadi pusat pertumbuhan baharu di negeri Melaka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kawasan itu telah berjaya dibangunkan dengan baik oleh kerajaan negeri.

Katanya, kini daerah kecil itu mampu menjana aktiviti ekonominya sendiri termasuk perusahaan kecil, perniagaan dan industri pelancongan.

“Ini menunjukkan kalau pada tahun 1972 Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein melawat, ia tempat jin bertendang, hari ini Sungai Rambai sudah menjadi pusat pertumbuhan yang boleh dibanggakan,” katanya pada majlis pengisytiharan Sungai Rambai sebagai Daerah Kecil, di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Sungai Rambai, dekat sini hari ini.

Sungai Rambai yang berkeluasan 9,214 hektar, juga dikenali sebagai Gerbang Selatan telah diumumkan sebagai daerah kecil yang pertama di Melaka pada 1 Mac tahun lepas.

Perdana Menteri berkata kemajuan yang dicapai di kawasan itu juga merupakan bukti bahawa Barisan Nasional sebuah kerajaan yang mementingkan rakyat dalam semua aspek pentadbiran dan pengurusannya.

Katanya, apabila kerajaan mendahului rakyat, ia akan sentiasa memikirkan kaedah yang lebih kreatif untuk dilaksanakan demi kepentingan rakyat.

Menurut perdana menteri, contoh terbaik ialah kewujudan Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) yang menjadi pusat sehenti untuk orang ramai berurusan dengan pelbagai agensi kerajaan.

“Inilah kelebihan kerajaan sedia ada,” katanya.

Beliau berkata, berbeza dengan BN, kerajaan pembangkang lebih mementingkan agenda politik mereka dan kebajikan rakyat telah dibelakangkan.

Perdana menteri berkata ini jelas dilihat melalui krisis air di Lembah Klang dan menjejaskan sejuta penduduk.

“Bila kita tidak dahulukan rakyat, bila kita pentingkan politik. Apa kesudahan? Contohnya bila negeri yang sepatutnya lebih maju daripada Melaka, soal air pun tak boleh diuruskan.

“Walhal bila soal air, kerajaan pusat sanggup mengeluarkan perbelanjaan RM22 bilion, orang Pahang sanggup jual air Pahang, tak selesai juga. Kerana apa? Kerana mementingkan politik,”katanya.

Katanya isu terowong dan rumah mampu milik yang tidak berkesudahan di negeri pembangkang juga menunjukkan ia kerajaan yang cakap tak serupa bikin.

Turut hadir pada majlis itu isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans