Syafiq Kyle sedia utusan istimewa untuk peminat – Channel W

Syafiq Kyle sedia utusan istimewa untuk peminat

Khabarnya Pelakon Syafiq Kyle akan menghantar  5,000 keping kad ucapan raya kepada para peminatnya di seluruh Malaysia. Bertuahlah para peminat yang dapat kad raya tu.

Kad raya istimewa itu merupakan sebuah lukisan karikatur khas yang memaparkan wajah Syafiq dan suasana kampung di hari lebaran.

Wah mengimbau nostagia begitu.

Selain tandatangan Syafiq, peminat juga akan berpeluang memiliki kad raya istimewa tersebut berserta dengan ucapan dan tanda tangan khas daripada pelakon drama popular Nur itu.

Khabarnya juga hanya peminat tegar Syafiq akan dapat kad raya istimewa itu. Bagi Syafiq dia hanya mahu menghargai mereka sebaiknya dan memeriahkan suasana berhari raya pada tahun ini.

 

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans