Syamsul dekati penduduk setempat.

Antara yang akan diambil berat olehnya menyelesaikan masalah setempat adalah kemudahan awam, peluang menjana ekonomi dan pembangunan yang sesuai untuk rakyat setempat.

“Kita tidak mahu melaksanakan pembangunan ataupun projek-projek yang memberi impak yang kecil kepada rakyat, jika saya diberikan mandat, saya akan menjalankan gerak kerja yang menjadi keutamaan rakyat bukannya menjalankan gerak kerja dengan sesuka hati,” katanya.

Beliau turut mahu membawa kemudahan akses kepada perkhidmatan kerajaan ke DUN Sikamat seperti yang berada di DUN Ampangan iaitu Pusat Transformasi Bandar (UTC) kerana kawasan ini berada di pinggir bandar dan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

Selama ini baginya pembangkang tidak menjalankan apa-apa pembangunan di Sikamat malah pembangunan yang dilaksanakan atas usaha Kerajaan BN yang memerintah Negeri Sembilan.