Syarikat Multinasional Yakin Ekonomi Malaysia Berdaya Tahan – Channel W

Syarikat Multinasional Yakin Ekonomi Malaysia Berdaya Tahan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan pelaburan dan langkah-langkah yang dirancang untuk meningkatkan kehadiran mereka yang diambil oleh syarikat multinasional mencerminkan keyakinan komuniti antarabangsa terhadap Malaysia sejak setahun lalu.

Beliau berkata institusi seperti Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa dan banyak badan global terkemuka lain memuji pengurusan berhemat kerajaan dalam mengendalikan ekonomi.

“Mereka mengiktiraf daya tahan dan daya saingnya (Malaysia) telah dibina, untuk kebaikan rakyat Malaysia,”

Najib berkata syarikat antarabangsa dan modal asing memasuki negara ini pada kadar yang tidak dilihat sebelum ini.

Perdana Menteri berkata demikian pada Majlis Pelancaran Jongkong Emas Demi Idaman Sdn Bhd oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Turut hadir Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans