Taeyang, Min Hyo Rin Dah Kahwin! – Channel W

Taeyang, Min Hyo Rin Dah Kahwin!

Anggota kumpulan K-pop terkenal BIGBANG, Taeyang selamat melangsungkan perkahwinan bersama tunangnya, aktres Min Hyo Rin, semalam.

Allkpop melaporkan, perkara itu disahkan sendiri oleh pihak pengurusan Taeyang, YG Entertainment dalam satu kenyataan kepada media.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang mengucapkan tahniah kepada pasangan Taeyang dan Min Hyo Rin.

“Majlis perkahwinan Taeyang dan Min Hyo Rin berjalan lancar pada 3 Februari (semalam) secara tertutup di Paradise City dan dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat mereka.

“Terima Kasih diatas kerjasama pihak media dalam melakukan liputan dan kami berharap peminat dapat mendoakan kebahagiaan mereka berdua,” katanya.

Rata-rata peminat Taeyang dan Min Hyo Rin menggunakan hashtag  #DopeWeddingCongratz untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan ini di atas perkahwinan mereka.

 

Sebelum ini kad undangan perkahwinan Taeyang dan Min Hyo Rin mendapat pujian daripada para peminat kerana memilih kad dengan rekaan yang ringkas tetapi kreatif dan penuh makna.

Kad berwarna putih itu dihiasi dengan sejambak bunga mini di bahagian hadapan kad berkenaan.

Manakala pada bahagian belakang kad tersebut pula menampilkan tulisan berwarna emas dengan ayat yang dipetik menerusi kitab injil:

“Two are better than one, because they have a good reward for their labour,”

 

지하 연습실에서 처음 만난 초등학교 5학년 학생 영배라는 꼬마아이가 빅뱅의 멤버로 성장을 해서 모두에게 놀라움을 주더니… 이젠 결혼으로 가정을 이룬다며 두번째로 그 놀라움을 뛰어넘는 대견함과 감동을 선사한다. . . 사무실에 출근해보니 송백경,오진환 이름으로 이렇게 예쁜 청첩장이 도착해있네… . . 한걸음에 달려가 진심을 다해 축하해주마 영배야!!!ㅠㅜ 영배야!!!! 제로쉽!!!!!!!!! . . #빅뱅 #빅뱅멤버첫결혼식 #본명은 #동영배 #원타임시절 #영배에게내가지어준예명 #제로쉽 #지금은 #태양 #너무축하해 #행복하게잘살아 #민효린씨 #축하해요

A post shared by song baek kyoung (@supafunkboy) on

 

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans