Tahanan reman sindiket sijil akademik palsu disambung 3 hari – Channel W

Tahanan reman sindiket sijil akademik palsu disambung 3 hari

 

Putrajaya 20 Apr. – Tahanan reman dilanjutkan dua hari terhadap tiga individu yang disyaki terlibat dalam sindiket pengeluar sijil akademik palsu menggunakan nama institusi pendidikan tinggi swasta ( IPTS) terkemuka di negara ini.

Seorang daripada yang direman adalah warga negara India.

Tempoh reman yang bermula esok itu dikeluarkan Majistret Khir Nizam Jemari selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan siasatan menyeluruh mengikut Seksyen 16(a) (A) Akta SPRM 2009.

Terdahulu ketiga-tiga suspek yang berumur di antara 30 hingga 34 tahun itu di bawa ke klinik untuk pemeriksaan tahap kesihatan sebelum di bawa ke Mahkamah Majistret di sini pada pukul 10 pagi dengan memakai baju lokap SPRM selain tangan turut digari.

Mereka ditahan reman selam 5 hari sebelum ini bermula 16 April lalu.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans