Tahniah Azroy! Emas pertama Malaysia sambil mencatat rekod kejohanan! – Channel W

Tahniah Azroy! Emas pertama Malaysia sambil mencatat rekod kejohanan!

Pingat Emas pertama Sukan Komanwel 2018 #GC2018 untuk Malaysia berjaya disumbangkan oleh atlet angkat berat, Azroy Hazal Wafie pada hari pertama kejohanan! Dia berjaya mencatat jumlah angkatan 261kg bagi acara 56kg lelaki.

Azroy Hazal berjaya mengangkat 144kg dalam kategori clean & jerk dan 117kg pula dalam kategori snatch untuk memecahkan rekod 116kg yang sebelum ini dicatatkan oleh jurulatih beliau sendiri, Amirul Hamizan Ibrahim pada tahun 2010. Dengan jumlah berat keseluruhan 261kg – ini cukup untuk memenangi pingat emas disamping memecahkan satu lagi rekod, catatan 260kg yang disandang oleh Amirul Hamizan pada tahun 2002 di Sukan Komanwel Manchester.

Sukan Komanwel 2018 sedang berlangsung di Gold Coast Australia.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans