Tan Sri Napsiah Omar Srikandi Yang Tiada Tolok Bandingnya, Yang Tidak Terganti – Shahrizat – Channel W

Tan Sri Napsiah Omar Srikandi Yang Tiada Tolok Bandingnya, Yang Tidak Terganti – Shahrizat

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil melahirkan rasa dukacita dan kesedihan atas pemergian Allahyarhamah Tan Sri Napsiah Omar, Pengerusi Tetap Wanita UMNO Malaysia, hari ini.

“Allahyarhamah Tan Sri Napsiah merupakan seorang srikandi tulen yang tiada tolok bandingnya. Perjuangan beliau berdekad lamanya dirasai oleh semua wanita dan negara,” kata Tan Sri Shahrizat dalam kenyataannya hari ini.

Tambahnya, legasi perpaduan yang beliau wariskan menjadi ikatan kekuatan kepada 1.4 juta ahli Wanita UMNO.

Allahyarhamah seorang ikon Wanita UMNO yang amat berpengalaman, pemergian beliau kini meninggalkan satu ruang yang perlu diisi dan sukar diganti.

Shahrizat menyatakan secara peribadi, beliau kehilangan seorang kakak yang amat dihormati dan disayangi, Allahyarhamah adalah tempat merujuk dan mencari nasihat untuk meneruskan langkah perjuangan beliau.

Beliau turut mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarhamah dan menyatakan hasrat untuk mengadakan majlis tahlil khusus bersama 191 Bahagian Wanita UMNO di seluruh negara.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans