Tan-Toh Raih Gelaran Antarabangsa Pertama – Channel W

Tan-Toh Raih Gelaran Antarabangsa Pertama

KUALA LUMPUR – Pasangan beregu wanita junior kebangsaan, Pearly Tan Koong Le – Toh Ee Wei meraih gelaran antarabangsa musim ini dengan memenangi Kejohanan Badminton Grand Prix Junior Belanda di Haarlem, Belanda pada Ahad (awal pagi Isnin waktu Malaysia).

Toh Ee Wei – Foto – BWF

Pasangan pilihan ketiga itu menjadi tumpuan apabila menewaskan pasangan pilihan utama, Liu Xuanxuan-Xia Yuting dari China, memenangi straight set; 21-19 dan 21-19 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Badminton Hall Duinwijck, menurut laman web Persatuan Badminton Dunia (BWF); www.bwfbadminton.com.

Terdahulu, pasangan itu mengalahkan pasangan China lain, pilihan ketujuh Chen Yingying-Zhang Shuxian; 21-13 dan 21-12 pada pusingan separuh akhir.

– BERNAMA

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans