Tanda Tanya Mengenai Hubungan Sufian Suhaimi dan Elfira Loy Akhirnya Terjawab – Channel W

Tanda Tanya Mengenai Hubungan Sufian Suhaimi dan Elfira Loy Akhirnya Terjawab

KUALA LUMPUR – Bapa Elfira Loy, Ahmad Sabri Ariffin mengesahkan pihaknya sudah memulangkan cincin mengikut adat di kediaman keluarga Sufian Suhaimi di Muar, Johor, petang Ahad.

Beliau yang ditemani lapan ahli keluarga dan sanak-saudara bertemu bapa dan bapa saudara Sufian di rumah keluarga Sufian, kira-kira jam 5.30 petang.

Menurutnya, Sufian tidak berada di rumah ketika majlis pemulangan cincin tunang itu berlangsung.

Sufian menerusi pengurusnya, Mahadhir Mohamad memberitahu hubungannya tidak mempunyai sebarang masalah kecuali ada campur tangan pihak ketiga.

Kenyataan yang dikeluarkan di Instastory Sufian pula mengatakan wanita itu adalah orang ketiga dalam perhubungan mereka telah menyebabkan ibu Elfira Loy, iaitu Filizah Yusoff, 52 terasa hati dengan Sufian.

Sabtu lepas, Filizah telah mengesahkan ikatan pertunangan di antara anak perempuannya dengan Sufian sudah berakhir.

Persoalan timbul apabila Sufian tetap memegang kepada prinsip pertunangannya dengan Elfira Loy masih belum berakhir selagi cincin yang diberikan masih bersama pelakon itu.

Sufian dan Elfira mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober 2017 dan merancang untuk bernikah sekitar bulan Mac tahun ini.

Walau apa pun konflik yang melanda antara kedua-dua belah pihak, semoga ukhuwah yang terjalin tidak memutuskan hubungan sesama Islam.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans