Tanggung sakit demi cinta – Channel W

Tanggung sakit demi cinta

Gara-gara melarikan diri untuk bersama kekasih hati, seorang gadis berusia 18 tahun diikat ke sebatang pokok lalu dibelasah selama berjam-jam di hadapan orang ramai.

Gadis dari sebuah kampung di wilayah Nawada, India itu mengaku berkenalan dengan pasangannya sejak setahun lebih yang lalu dan nekad untuk berkahwin.

Hubungan cinta mereka ditentang keluarga gadis terbabit kerana pemuda itu berasal daripada kasta yang berbeza.

“Dia melarikan diri dari rumah ketika bekalan elektrik terputus di waktu malam. Kami mencarinya di serata tempat, namun gagal,” kata bapa gadis itu.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian, pemuda itu menghubungi keluarga gadis berkenaan dan meminta mereka membawanya pulang.

Sebagai hukuman kerana melarikan diri dan memalukan keluarga, ahli jawatankuasa kampung (Panchayat) bersepakat agar gadis itu diikat ke sebatang pokok dan dipukul dihadapan orang ramai.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans