Tawaran Diskaun Kompaun DBKL Hingga 30 Jun – Channel W

Tawaran Diskaun Kompaun DBKL Hingga 30 Jun

KUALA LUMPUR – Pesalah trafik di sekitar ibu negara mempunyai tempoh hingga 30 Jun bagi melunaskan bayaran kompaun lalu lintas yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata tempoh lanjutan itu bagi memberi peluang kepada orang ramai menyelesaikan kompaun sebelum disenarai hitam Jabatan Pengangkutan Jalan.

Katanya lagi, orang ramai disarankan mengambil peluang menyelesaikan kompaun mereka sebelum atau pada tarikh tersebut bagi mengelakkan tindakan mahkamah.

Sebelum ini, tarikh akhir tawaran diskaun bagi bayaran kompaun adalah pada 28 Feb.

Diskaun kompaun lalu lintas yang diberikan adalah RM20 bagi motosikal, RM30 (kereta) dan RM50 untuk kenderaan berat. – BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans