Terkini – 3 jawatan kabinet baru diumumkan – Channel W

Terkini – 3 jawatan kabinet baru diumumkan

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan 3 barisan kabinet baharu dari parti Pakatan Harapan.

Presiden Amanah Datuk Mat Sabu dilantik sebagai Menteri Pertahanan, Setiausaha Agung DAP, Datuk Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri.

Selebihnya jawatan kabinet akan diumumkan secara berperingkat hingga minggu depan.

Sementara itu, Tun Dr Mahathir menegaskan akan mempertimbangkan wakil Sabah dan Sarawak diambil kira untuk menganggotai kabinet baharu itu.

Sebuah Majlis Pemimpin Utama diwujudkan bagi mengkaji keperluan terhadap kabinet yang disalurkan parti-parti komponen.

Majlis berkenaan akan dianggotai Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Tan Sri Hassan Marican, Robert Kuok dan Profesor Jomo Kwame Suandram.

7 jawatan yang masih belum diputuskan Menteri Pendidikan, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Menteri Ekonomi, Menteri Kerja Raya, Menteri Pengangkutan, Menteri Multimedia, Sains dan Teknologi dan Menteri Luar Negara.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans