Terowong Dasar Laut Pulau Pinang: Ahli Politik ‘Makan Besar’ – Channel W

Terowong Dasar Laut Pulau Pinang: Ahli Politik ‘Makan Besar’

Isu projek terowong dasar laut di Pulau Pinang terus memasuki babak-babak mencemaskan.

Semakin banyak perkara yang dibongkarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui siasatan dijalankan.

Tetapi paling menarik perhatian media tempatan apabila siasatan mendapati ada beberapa ahli politik disyaki menerima habuan tinggi mencecah jutaan ringgit dalam proses pemberian kelulusan kajian projek tersebut.

Siapa ahli politik itu dan parti mana mereka wakili, biarlah siasatan SPRM mendedahkannya. Apa yang pasti jika benar berlaku penyelewengan dan perkara tidak betul dalam pelaksanaan projek itu diharapkan ia akan disiasat habis-habisan.

Mungkin kerana berasa panas dengan siasatan SPRM, sudah ada pihak mendakwa apa yang dilakukan SPRM bermotifkan politik dan ia dihangatkan lagi menjelangnya pilihan raya yang dijangkakan tidak lama lagi.

SPRM tidak menolak kemungkinan akan memanggil lebih ramai individu untuk membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa projek pembinaan terowong dasar laut itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Bahagian Operasi SPRM, Datuk Seri Azam Baki

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Bahagian  Operasi Datuk Seri Azam Baki berkata, buat masa ini, pihaknya telah menahan dua individu bergelar ‘Datuk’ bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Menurutnya siasatan masih dijalankan dan pasukan penyiasat masih mengumpul bukti berhubung dakwaan penyelewengan membabitkan projek mega yang mencetuskan pelbagai kontroversi sebelum ini.

Pada 10 Januari, dua individu berkenaan masing-masing direman selama enam hari di Mahkamah Majistret Georgetown dan Putrajaya.

Kedua-duanya direman bagi membantu siasatan mengikut Sesyen 16 Akta SPRM 2009.

Semalam, Azam memaklumkan beberapa ahli politik disyaki ada menerima habuan tinggi mencecah jutaan ringgit dalam proses pemberian kelulusan kajian projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 Bilion.

Menurut sumber, siasatan SPRM mendapati habuan yang diterima daripada hasil salah laku dan rasuah pemberian kelulusan tersebut bernilai besar.

Menurut sumber, ada ahli politik menerima ratusan ribu ringgit malah ada yang mencecah jutaan ringgit melalui jalinan kerjasama itu.

 

Setakat ini, katanya SPRM sedang mengesan bagaimana salah laku itu berlaku dan bagaimana pembayaran itu dilaksanakan.

SPRM juga tidak menolak  ia berkemungkinan berkaitan pemberian dua lot tanah bernilai tinggi yang menjadi cara pembayaran kepada kajian projek mega itu.

Walau bagaimanapun, sumber terbabit enggan mendedahkan identiti ahli politik yang dipercayai terlibat dalam pembiayaan itu namun tidak menolak kemungkinan mereka itu adalah individu yang berkepentingan dalam projek itu.

Beberapa individu penting yang dipercayai terlibat dalam projek itu akan dipanggil untuk memberi keterangan kepada sprm dalam tempoh terdekat.

Azam menjelaskan,  SPRM sehingga kini sudah menyerbu 42 lokasi termasuk syarikat perunding dan agensi kerajaan di Pulau Pinang dan Lembah Klang.

Sehingga hari ini lebih 76 saksi sudah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans