Tiada Alasan Untuk Tukar Ketua Menteri Sabah – Channel W

Tiada Alasan Untuk Tukar Ketua Menteri Sabah

KENINGAU – Rakyat Sabah, khususnya di kawasan pedalaman, dinasihati menimbang sebaik-baiknya sebelum bertindak menukar ketua menteri kerana Tan Sri Musa Aman menjalankan tanggungjawabnya dengan cemerlang.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Sairin Karno berkata berdasarkan prestasi Musa yang membawa pembangunan pesat di negeri itu, rakyat Sabah tidak mempunyai alasan untuk menukar ketua menteri.

“Jangan salah memilih kerana kesalahan membuat keputusan akan mengakibatkan masa depan anak-anak tergadai.

“Jangan pertaruhkan masa depan anak-anak untuk kepentingan peribadi,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Akhbar Tutor Utusan Malaysia ke Sekolah di Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Liawan, di sini hari ini.

Sehubungan itu beliau berharap rakyat Sabah akan terus memberikan sokongan padu kepada Barisan Nasional Sabah yang diterajui Musa.

Sairin yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Liawan, berkata rakyat di Sabah juga harus memberi peluang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk terus mengemudi negara yang kini semakin maju di bawah pentadbirannya.

Katanya Najib merupakan seorang perdana menteri yang sangat berani selepas memberi jaminan akan mengembalikan hak rakyat di Sabah yang tidak tertunai seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963.

“Beliau benar-benar ikhlas kepada rakyat di Sabah dan kerana itu, kita rakyat Sabah perlu membalas budi dengan memilih BN pada pilihan raya umum akan datang sebagai bukti sokongan kepada beliau untuk terus memimpin negara ini,” katanya.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans