Tiada Harapan Piala Uber – Channel W

Tiada Harapan Piala Uber

Malaysia boleh melupakan Piala Uber apabila sudahpun tersingkir selepas turut tewas 23 kepada Indonesia dalam perlawanan pertama semalam.

Esok, Malaysia hanya melengkapkan jadual perlawanan Kumpulan D menentang Perancis.

Malaysia tewas 4-1 kepada China sekaligus meranapkan impian negara dan memberi sinar memperbaiki prestasi pemain badminton wanita negara.

Dalam perlawanan itu, pemain  perseorangan wanita, Goh Jin Wei menjadi wakil tunggal negara menghadiahkan mata buat Malaysia apabila mengejutkan pemain No. 8 dunia, He Bingjiao 21-9, 17-21, 21-13 dalam acara perseorangan kedua.

Bekas juara remaja dunia, Goh Jin Wei satu-satunya pemain yang menghadiahkan mata buat Malaysia apabila mengejutkan pemain No. 8 dunia, He Bingjiao 21-9, 17-21, 21-13 dalam acara perseorangan kedua di Arena Impact.

Soniia Cheah juga cuba memberikan tentangan dalam perseorangan pertama, namun dia gagal menyaingi kehebatan pemain No. 5 dunia, Chen Yufei apabila tewas 21-18, 20-22, 18-21.

Malaysia ketinggalan 0-2 selepas gandingan serpihan, Goh Ching Yea-Soong Fie Cho kalah mudah 9-21, 8-21 kepada Chen Qingchen-Jia Yifan.

Walaupun Jin Wei berjaya merapatkan jurang kepada 1-2, namun kekalahan pasangan Vivian Hoo-Chow Mei Kuan 19-21, 15-21 kepada Huang Dongping-Yu Zheng meranapkan impian pasukan negara.

Gao Fangjie melengkapkan kemenangan 4-1 China dengan mengalahkan bekas juara remaja dunia, Lee Ying Ying 21-16, 21-15.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans