Tiada jaminan harga hartanah turun selepas SST – Channel W

Tiada jaminan harga hartanah turun selepas SST

PELAKSAAN Cukai Jualan dan Perkhidmatan – SST, bermula 1 September yang lalu tidak memberi jaminan harga rumah akan turun meskipun terdapat beberapa bahan binaan dikecualikan daripada rejim cukai terbabit.

Ketua Pegawai Eksekutif Mah Sing Group Bhd – Mah Sing, Datuk Ho Hon Sang berkata, antara langkah tepat yang boleh dilakukan adalah dengan mengekalkan kadar harga sedia ada memandangkan pihaknya yakin lebih banyak pengecualian akan diberikan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.

 Beliau berkata, perkara itu disebabkan meskipun ada bahan binaan dikecualikan cukai namun ia hanya bahan asas kerana masih ada bahan penting lain dikenakan cukai seperti kaca, aluminium dan barangan elektrik.
Beliau menegaskan apa yang boleh dilakukan ialah mengekalkan harga yang sediaada.

“Malah, ia sebenarnya berkait rapat dengan faktor penawaran dan permintaan, sekiranya ada permintaan baik, kami akan melihat kepada mewujudkan bekalan dan seterus melaksanakan produk mampu milik,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Arts & Lights Play!, pada Sabtu.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bulan lalu mengumumkan perkhidmatan pembinaan dan kos bahan binaan dikecualikan SST.

Antara bahan pembinaan tidak dikenakan SST ialah simen, pasir dan besi.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans