PRU14: Tiada Kenaikan GST Selepas PRU-14 – Channel W

PRU14: Tiada Kenaikan GST Selepas PRU-14

BAGAN DATUK – Tiada kenaikan bagi kadar 6 peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kadar sedia ada sudah mencukupi dan mampu memberi pendapatan lebih RM40 bilion kepada negara.

Kenyataan itu sekaligus menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya kadat GST akan meningkat selepas PRU-14.

“Pendapatan negara melalui hasil minyak yang diperoleh daripada dividen Petronas mampu membantu kerajaan melaksanakan projek yang ada di dalam Manifesto Barisan Nasional (BN).

“Pendapatan kita bukan sahaja cukup tetapi mampu menampung belanjawan yang diumumkan malah untuk 5 tahun akan datang,” katanya.

Dalam Bajet 2018, kerajaan  menjangkakan  peningkatan pendapatan daripada hasil petroleum iaitu dari AS$52 setong meningkat kepada AS$70 setong sebelum ini.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan ke kawasannya di Bagan Datuk, hari ini.

 

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans