Tiada Masalah Bekalan Petrol, Diesel Di Lawas – Channel W

Tiada Masalah Bekalan Petrol, Diesel Di Lawas

MIRI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menafikan berlaku kekurangan petrol dan diesel di Lawas seperti yang tular di media sosial berikutan penutupan sebuah stesen minyak semalam.

Ketua KPDNKK cawangan Limbang Zakaria Awang berkata, stesen minyak di Lawas itu ditutup oleh pemiliknya kerana berlaku kesilapan semasa mengisi tangki minyak petrol RON95 di stesen berkenaan semasa proses pengisian tangki dijalankan pada Ahad lepas.

“Semasa proses pengisian dilakukan, tangki petrol RON95 telah diisi dengan diesel dan ini menyebabkan ianya bercampur sehingga memberi kesan kepada kereta pengguna yang mengisi minyak pada Ahad lepas,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Zakaria berkata, stesen minyak tersebut telah beroperasi seperti biasa hari ini setelah minyak diesel berjaya dikeluarkan dari tangki petrol RON95 semalam dan hasil siasatan mendapati tiada unsur khianat atau penyelewengan berlaku yang menjadi punca insiden berkenaan.

“Pengguna kenderaan yang rosak akibat kejadian tersebut boleh menghubungi pejabat KPDNKK Lawas untuk mendapatkan bantuan membaiki kenderaan mereka kerana pemilik stesen berkenaan telah menyatakan kesediaan untuk membantu,” katanya lagi.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans