Tiada Pekeliling Larang Kanak-kanak Bukan Warganegara ke Sekolah – Channel W

Tiada Pekeliling Larang Kanak-kanak Bukan Warganegara ke Sekolah

Jabatan Imigresen Malaysia menafikan pernah mengeluarkan pekeliling menghalang kanak-kanak tanpa warga negara memasuki alam persekolahan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali, berkata semua kanak-kanak berstatus demikian dibenarkan mendaftar masuk ke sekolah apabila semua dokumen yang diperlukan Kementerian Pendidikan, disediakan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali

Dalam satu kenyataan, beliau menegaskan bahawa Jabatan Imigresen tidak pernah mengeluarkan sebarang pekeliling yang menghalang kanak-kanak tanpa warga negara memasuki persekolahan.

Ia susulan laporan media, baru-baru ini, berhubung tindakan Jabatan Imigresen melarang kanak-kanak bernama G Darshana, 7, di Seremban daripada menghadiri sesi persekolahan kerana tidak mempunyai pasport yang membuktikan negara asalnya.

Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan dilaporkan sudah memberi pas khas kepada G Darshana itu untuk menghadiri sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya di Seremban.

Pada 6 Januari lalu, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid membenarkan kanak-kanak terbabit memasuki sekolah awam walaupun permohonan untuk kewarganegaraan sedang dalam proses.

 

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans