Tiada unsur sabotaj – DCA – Channel W

Tiada unsur sabotaj – DCA

Pengarah DCA, Datuk Seri Azharuddin Abd Rahman menegaskan setelah  penyiasatan dibuat,  tidak terdapat sebarang bukti terdapat unsur sabotaj berlaku pada pesawat peribadi Tun Dr Mahathir Mohamed.
Apa berlaku adalah, pesawat itu tidak dapat terbang hanya kerana masalah rutin dan teknikal, iaitu kebocoran udara pada tayar kiri hidung pesawat.
Pihak Penguatkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah menjalankan siasatan berkenaan dakwaan Tun Mahathir bahawa terdapat unsur sabotaj terhadap pesawat peribadinya.
Unsur sabotaj terhadap pesawat adalah tuduhan yang serius dan CAAM diarahkan untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh terhadap sebarang kes yang berkaitan dengan dakwaan tersebut.
Pesawat berkenaan, sebuah pesawat Bombardier Challenger CL60 yang didaftarkan di bawah nombor ekor pesawat Malta9H-VFD dan dikendalikan oleh syarikat Vista Jet Limited telah dilaporkan tidak dapat berlepas dari Lapangan Terbang Subang menuju ke Langkawi pada 27 April 2018.
CAAM telah menjalankan siasatan terhadap tuduhan sabotaj yang dinyatakan pada 28 April yang lalu. Siasatan yang dijalankan termasuk pengesahan dokumentasi pesawat, pemeriksaan fizikal pesawat, dan siasatan terhadap juruterbang serta kakitangan penyelenggaraan pesawat peribadi Tun Mahathir.
Pada 27 April 2018, dokumentasi pesawat yang dijalankan mendapati tiada kecacatan pesawat yang dilaporkan  kecuali kebocoran udara dari tayar kiri hidung pesawat.
CAAM juga dimaklumkan oleh kakitangan penyelenggaraan tekanan tayar kiri hidung pesawat adalah rendah. Mereka kemudiannya memeriksa tayar, dan pada pemantauan tekanan tayar, didapati tekanan tayar jatuh 2psi setiap minit.
CAAM mencatatkan dari log teknikal/perjalanan VistaJet, halaman nombor 55778, bahawa kemasukan dibuat oleh Vista Jet pada 27 April 2018 menunjukkan bahawa terdapat kebocoran udara dari tayar kiri hidung pesawat. Walau bagaimanapun, penggantian tayar tidak dapat dilakukan kerana tiada alat ganti.
CAAM juga melakukan pemeriksaan pada tayar kiri hidung pesawat yang dipadankan dan telah disahkan laporannya oleh kakitangan penyelenggaraan pesawat.
Berikutan penyiasatan itu, CAAM mendapati bahawa tidak terdapat sebarang bukti terdapat unsur sabotaj. Pesawat itu tidak dapat terbang hanya kerana masalah rutin dan teknikal, iaitu kebocoran udara pada tayar kiri hidung pesawat.
Tuduhan sabotaj terhadap pesawat adalah sangat serius, dan boleh memberi kesan kepada reputasi penerbangan Malaysia dan negara secara keseluruhannya terutama dalam tempoh pilihan raya umum yang sensitif. Adalah salah dari sudut moral untuk membuat tuduhan tidak berasas dan palsu seperti ini demi kepentingan politik.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans