PRU14: Tidak Pandang Ringan Parit Sulong – Shahrizat – Channel W

PRU14: Tidak Pandang Ringan Parit Sulong – Shahrizat

Meskipun dikatakan Parlimen Parit Sulong merupakan kerusi selamat buat BN, namun ia tidak boleh dipandang ringan oleh seluruh jentera parti.

Menurut Ketua Wanita Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, pihaknya harus bekerja keras untuk memastikan kemenangan buat BN, malah mampu memperoleh majoriti yang lebih besar untuk calon yang diletakkan iaitu Datuk Noraini Ahmad.

“Kita tak boleh kata ini kerusi selamat ini kerusi tak selamat, kalau kira bertanding ni semua dugaan yang dihadaoi calon adalah sama, kira mesti bekerja kuat dan penuh disiplin.kita tak boleh ambil kesempatan.

“Walaupun Parit Sulong ni kerusi selamat, kita tetap tak boleh leka,” katanya ketika ditemui pada hari Pengumuman Calon di Parlimen Parit Sulong, Sabtu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Noraini telah mengalahkan calon daripada PAS sebanyak 30,258 berbanding Khairuddin Abdul Rahim sebanyak 18,505 sekaligus memperoleh majoriti sebanyak 11,753.

“Bukan sahaja kekalkan malah kita nak tentukan majoriti dapat meningkat daripada PRU lalu untuk Datuk Noraini,” ujarnya.

Berikutan itu Shahrizat berkata beliau selaku Ketua Wanita akan memastikan jentera Wanita memainkan peranan penting dalam dengan memantapkan segala tenaga kerja serta menggembleng tenaga untuk memenangkan semua calon BN.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans