Tiga Lelaki Yang Ditembak Mati Polis Dipercayai Dari Kumpulan Pengganas Terancang – Polis – Channel W

Tiga Lelaki Yang Ditembak Mati Polis Dipercayai Dari Kumpulan Pengganas Terancang – Polis

TAWAU: Tiga lelaki bersenjata yang ditembak mati polis di kawasan ladang di Batu 2 Jalan Kalabakan-Keningau dekat sini petang semalam dipercayai daripada kumpulan pengganas yang terancang.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESScom) Datuk Hazani Ghazali berkata perkara itu berdasarkan pergerakan taktikal ketiga-tiga suspek ketika melarikan diri serta berbalas tembakan dengan polis dalam kejadian 3.20 petang.

“Kita belum kenal pasti mereka ini daripada kumpulan pengganas mana tetapi berdasarkan senjata api yang digunakan kita percaya mereka kumpulan terlatih, dan kita dalam proses untuk mengetahui mereka ini daripada kumpulan mana.

Menurut Datuk Hazani lagi, mereka masih menyiasat sama ada ini adalah kumpulan sama yang cuba menghidupkan sel atau pangkalan Daish di Sabah seperti kenyataan Ketua Polis Negara sebelum ini mengenai cita-cita Daish untuk menubuhkan pangkalan Daish di negeri ini.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya juga dalam proses menghantar gambar-gambar dan cap jari ketiga-tiga suspek kepada pasukan keselamatan di negara jiran dan polis antarabangsa (Interpol). – Bernama

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans