Tiger Woods Kembali Dengan Kemenangan Jelajah PGA – Channel W

Tiger Woods Kembali Dengan Kemenangan Jelajah PGA

ATLANTA, USA: Tiger Woods menang kejohanan Jelajah PGA di Atlanta hari Ahad lepas dengan dua pukulan mengatasi pencabar terdekat Billy Horschel.

Menamatkan kemarau 5 tahun, kemenangan ini disambut dengan sorakan yang hangat dari semua penyokong beliau yang sudah lama mengidamkan kebangkitan pemain pujaan ramai ini. Kemenangan terakhir Tiger Woods sebelum ini ialah di Jemputan WGC-Bridgestone pada tahun 2013.

Sebaik sahaja tamat lubang ke 18, teman wanita nya Erica Herman meraikan dengan satu pelukan dan ciuman kemenangan. “Love you,” Woods kedengaran menyatakan kepada Erica waktu itu.

Kehadiran Tiger Woods pasti akan memenuhi galeri dengan ramai peminat-peminat golf.

Musim 2017-2018 akan diingati sebagai kebangkitan semula Tiger Woods yang telah terpaksa menjalani empat pembedahan sejak tahun 2014. Kali terakhir dia memenangi kejohanan besar ialah pada kejohanan Terbuka US 2008.

 

 

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

%d bloggers like this:
スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans