Tim Cook Berdepan Tindakan Undang-Undang – Channel W

Tim Cook Berdepan Tindakan Undang-Undang

Kumpulan pengguna Korea Selatan memfailkan aduan jenayah terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Apple Inc, Tim Cook, berhubung peranti iPhone lama yang perlahan, selepas siasatan di Eropah mendapati syarikat itu sengaja memendekkan hayat telefonnya.

Apple kini berdepan tindakan undang-undang di Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara lain berhubung dakwaan menipu pengguna iPhone dengan memperlahankan peranti tanpa memberi amaran berkaitan prestasi bateri, selain bertujuan mendorong pelanggan membeli telefon baharu.

Kumpulan sokongan Korea Selatan, Citizens United for Consumer Sovereignty, dalam aduan yang diserahkan mendakwa Apple memusnahkan harta dan menipu.

Pejabat Pendakwa Daerah Seoul Tengah enggan mengulas apabila ditanya sama ada ia akan membuat penyiasatan ke atas Apple susulan aduan itu.

Apple Korea, anak syarikat Apple Inc di Korea Selatan, tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan ulasan lanjut. – Reuters

Comments

You must be logged in to post a comment Login

%d bloggers like this:
スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans