Tindakan Kapten MH122 Tepat – CEO – Channel W

Tindakan Kapten MH122 Tepat – CEO

Kapten dan krew yang mengendalikan penerbangan MH122 Malaysia Airlines membuat keputusan tepat untuk mendapatkan bantuan teknikal dari lapangan terbang terdekat sebelum mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Alice Springs.

Dalam kenyataan pada Jumaat, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kapten Izham Ismail berkata, penerbangan ke Kuala Lumpur dari Sydney itu dilencongkan ke Lapangan Terbang Alice Springs, Australia pada 18 Jan selepas mengalami masalah teknikal.

Beliau berkata, berdasarkan laporan yang diterima, terdapat bunyi kuat yang didengari dari bahagian kiri enjin, diikuti isyarat amaran yang dipaparkan pada sistem elektronik pemantauan pesawat sebelum kapten meminta krew penerbangan bersedia untuk pendaratan biasa.

“Tiada keadaan kelam-kabut dilaporkan berlaku di dalam kabin. Saya berterima kasih kepada semua krew penerbangan yang menangani situasi itu mengikut peraturan dan dalam keadaan yang tenang. Krew melaksanakan tugas mereka dengan baik, seiring latihan intensif, dalam menguruskan situasi seperti itu. Keselamatan sama sekali tidak dipandang ringan.”

Izham turut menyatakan permohonan maaf kepada semua pelanggan susulan kejadian itu dan memahami kebimbangan yang telah dialami.

Izham berkata, penumpang yang terjejas telah ditempatkan di empat hotel berasingan berhampiran lapangan terbang itu selain makanan dan pengangkutan turut disediakan kepada mereka.

Menurut kenyataan itu lagi, penumpang akan meneruskan perjalanan mereka ke Kuala Lumpur hari ini menggunakan pesawat MH148, yang akan berlepas dari Alice Springs pada 5.45 petang dan tiba di Kuala Lumpur pada 9.50 malam hari yang sama.

Manakala, bagi penumpang yang mempunyai penerbangan sambungan, ia juga telah ditempah semula dengan penerbangan tersedia seterusnya ke destinasi mereka.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans