( Video) TM peneraju telekomunikasi PRU14 – Channel W

( Video) TM peneraju telekomunikasi PRU14

Penggunaan ICT satu daripada sumbangan kepada kesejahteraan Negara yang telah didokumentasikan dengan baik oleh pakar-pakar di seluruh dunia.

Kesediaan Malaysia memangkin pertumbuhan industri dalam ekonomi digital sepenuhnya menjelang 2020, sebuah visi yang didukung oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Untuk itu, Telekom Malaysia bersedia memainkan peranan utamadalam perjalanan ini, memandangkan sejarahnya yang panjang dan kaya dalam bidang Telekomunikasi di Malaysia.

Justeru, TM telah berada di barisan hadapan pada setiap peristiwa penting telekomunikasi yang utama, termasuk mewujudkan pusat pemantauan dan kawalan atau lebih dikenali sebagai TM National Command Control Centre yang kini beroperasi di Cyberjaya.

Menjelang Pilihan Raya Umum ke 14, 9 Mei ini, TM sebagai syarikat telekomunikasi utama Negara dengan kerjasama rakan strategiknya, akan menyediakan perkhidmatan telekomunikasu kepada SPR supaya PRU14 berjalan lancar.

Saksikan laporan penuh dalam video yang disediakan di Fokus Hari Ini bersama .Ketua Pegawai Teknologi dan Inovasi TM, Datuk Mohd Rais Azhar.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans